Archive for September, 2006

Aktiviti Bawah Tanah part 2 :- The Man With The Golden Tooth

Sunday, September 10th, 2006

Little_pasar_kl_underground(Tiada sangkut-paut dengan filem 007:- The Man With The Golden Gun)

Setelah aku menziarahi rumah kawan lama aku kat AU5, Lembah Keramat, aku pun balik. Aku balik pagi. Naik bas kat Zoo Negara, sampai la kat Kota Raya. Sampai KL, aku ronda² kejap kat Chinatown. Saja² ja, tengok banyak kedai kat situ tak buka lagi.

    Sedang aku jalan², aku terlihat satu aktiviti perniagaan kat satu lorong kecil, dekat² dengan Petaling Street. Nampak macam pasar tani, tapi agak “little”. Tak tahu pula aku bila kewujudan tempat ni. Aku kunjungi tempat ni.

       Hasil dari pilot survey aku, kebanyakan pengunjung mengunjungi tempat ni terdiri daripada lelaki, berumur antara 7 – 60 tahun (mungkin lebih). Perempuan pula, kebanyakan berumur 30 tahun ke atas. Tiada seorang pun pengunjung yang terdiri daripada gadis² remaja. Mungkin tempat sebegini tidak menarik pada pandangan mereka.

        Peniaga² pula, berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina, India, Indon, Laos, Kemboja dan lain² lagi. Orang putih & orang Africa ja takder. Macam² diorang jual. Dari barang² yang terbaru & terkini, hinggalah barang² antik. Dari barang² yang bernilai, hinggalah barang² yang takder nilai pun diorang jual. Barang² yang diorang jual seperti barang² keperluan, barang² peribadi diorang, barang² second-hand, barang² original & tak ori, barang² cetak-rompak, barang² seludup & barang² curi! Hampir semua peniaga jual barang mereka hanya beralaskan kain, kotak², atas jalan. Yang lain² jual atas meja kecil yang boleh dilipat.

        Aku cuma jalan² saja. Boleh dikatakan ramai jugalah pengunjung kat situ. Tengok gelagat orang dalam urusan tawar-menawar harga dengan peniaga. Barang² di situ tak lah menarik hati aku. Cuma aku tertarik pada jam tangan Rolex. Seorang brother menggosok² jam tangan Rolex tu. Fuh, memancar² kilatnya! Aku membelek² jam tangan tu. Jam tangan Rolex original, Swiss made, dibuat daripada emas putih! Aku cuba tanya harganya, kalau murah aku beli. “Seribu dik, abang jual, kalau kat kedai mau 8 ribu RM”, kata brother tu. “Seribu? Takperlah bang, saya takder cash”, kata aku.

        Seminggu selepas tu, aku datang lagi kat tempat tu. Saja ja. Aku pergi ke port brother yang jual jam Rolex original tu. Eh, dah takder? “Sudah dijual!” kata brother tu. Aku cuba bertanya, siapakah gerangannya yang beli, Melayu ke Cina? “Melayu, orang tua, katanya dari Gombak”, kata brother tu sambil tersengih, menampakkan gigi kapaknya berwarna kuning keemasan….

Aktiviti Underground

Thursday, September 7th, 2006

Naik bas & menunggu dalam bas sehingga bas dipenuhi penumpang. Teringat aku peristiwa lalu. Ketika itu, aku nak balik Kajang. Sedang aku menunggu dalam bas, seorang budak berpakaian lusuh, berkopiah sambil membawa buku². Dia memberikan setiap seorang penumpang bas buku² agama. Aku tidak terkecuali. Buku yang diberikan kat aku, Panduan Solat.

La…. buku ni aku dah ada. Buku ni aku dapat percuma masa orientasi pelajar² baru UiTM. Tak nak lah aku. Selepas menyerahkan buku² pada penumpang, budak itu pergi ke setiap penumpang & bertanya sama ada hendak beli atau tidak. Semuanya tak mau beli (termasuklah aku sekali). Bila budak tu datang kat aku, segera aku menyerahkan kembali buku itu & aku mengatakan aku dah ada buku tu kat rumah.

Agaknya dia marah sangat (sebab, semua orang tak nak beli), dia sound aku, “Tak nak beli bagilah sedekah!!!” Aku pun jawab, “Aku takder duit kecik la…. duit aku besar!” Bengang dengan kata² aku, dia pun berlalu, turun dari bas. Apa la…. jual benda yang sepatutnya diberi percuma. Dah tu, paksa orang bagi sedekah.

Seminggu selepas itu, budak tu aku tak nampak lagi kelibatnya. Mungkin dia minta sedekah kat tempat lain. Ketika aku jalan² cari baju kat Sg. Wang, aku singgah sebentar kat Pusat Hiburan Family, main game King of Fighters’98. Aku terlihat satu kelibat. La…. bedebah yang paksa aku bagi sedekah ada kat sini! Tukar port minta sedekah ke?

Bedebah hari tu, berlainan sungguh. Tak macam dulu, dressing smart, pakai branded, baju tuck-in. Agaknya bisness bedebah ni semakin maju (bisness memaksa orang bagi sedekah). Bedebah ni pergi ke kaunter penukaran coin, lepas tu pergi main game Daytona. Bergembira bedebah tu dengan konco²nya main game. Main game race kereta gaya macam Michael Schumacher. Nasib baiklah aku tak bagi “sedekah” kat bedebah ni…..